PM Anwar ziarah keluarga Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai kehilangan besar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di kediaman keluarga di Damai Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia awal pagi semalam.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Allahyarham Bung Moktar Radin, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang meninggal dunia, menyifatkan pemergiannya sebagai kehilangan besar kepada negeri Sabah serta negara.
- Anwar menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI kepada keluarga Allahyarham, menitahkan agar mereka diberi kekuatan menghadapi detik sukar ini.
- Bung Moktar, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, meninggal dunia pada usia 66 di Kota Kinabalu selepas memenangi kerusi DUN Lamag pada PRN ke-17 pada 29 Nov lepas.
Anwar turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan menghadapi saat sukar itu.
"Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang mencabar ini, dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," kata beliau.
Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi, semalam.
Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


