PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbuka puasa bersama petani, penternak dan nelayan pelbagai kaum di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi Selangor.

Perdana Menteri turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I dan II,  Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Nik Mohammad Zawawi Salleh serta Ketua Setiausaha (KSU) MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob dan Pengerusi Persatuan Nelayan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari.