awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/10/2021
01:09 MYT
PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia menjadikan sukan dalam norma baharu sebagai amalan harian untuk kekal sihat, aktif dan cergas. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.
Menurutnya, sejak kelonggaran tersebut, aktiviti sukan semakin rancak malah lebih 1.4 juta peserta telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan termasuklah sukan bermotor dan sukan ekstrem.
Berucap pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di Putrajaya, beliau berharap Keluarga Malaysia menjadikan sukan dalam norma baharu sebagai amalan harian untuk kekal sihat, aktif dan cergas.
Saya dah ready ni nak bersukan, anda semua? pic.twitter.com/fGJxnA7eeL
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 9, 2021
"InsyaAllah akan lebih banyak keizinan yang bersesuaian dengan faktor kesihatan akan diberikan pada masa hadapan.
"Sebab itu, sepanjang tempoh bersukan dan beriadah, teruslah mematuhi SOP yang ditetapkan, demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia," katanya dalam ucapan tersebut
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Sumber Facebook mysukantv
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menggubal Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.
Hari Sukan Negara | Lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Menurutnya, pelan yang bersifat komprehensif dan kompetitif itu bertujuan menjadikan sukan sebagai sumber baharu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, seiring perkembangan di peringkat global.
"Pelan ini amat wajar dibentuk setelah mengambil kira analisis berasaskan data ekonomi dunia yang menunjukkan nilai pasaran global sukan mencecah hampir AS$388.3 bilion pada tahun 2020 dan dijangka terus positif berkembang dan mencecah AS$599 bilion pada tahun 2025.
"Data yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2020 pula menunjukkan seramai 32.7 juta rakyat Malaysia telah membelanjakan RM430 juta bagi tujuan sukan dan riadah," ujarnya.
Tambah beliau, pelan tersebut merupakan sebahagian daripada hala tuju perancangan dan pembangunan sukan yang sedang dibentuk KBS melalui Visi Sukan Negara 2030.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#aktiviti sukan
#riadah
#kelonggaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan