awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar

Bernama
Bernama
22/12/2022
09:48 MYT
PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata seperti mana yang ditegaskannya sebelum ini, tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.- FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha untuk mendepani permasalahan miskin bandar.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata seperti mana yang ditegaskannya sebelum ini, tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.
Pertemuan itu yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Perdana Menteri berkata selain itu, beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL pagi tadi.
"Saya mendengar beberapa taklimat serta penerangan terkait pengurusan dan hal ehwal DBKL," katanya.
Ini merupakan kunjungan kali pertama Anwar ke DBKL sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DBKL
#Kuala Lumpur
#miskin bandar
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan