Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di George Town.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah kerana ini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
"Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.
"Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang," katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina hari ini.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.
Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.
Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.
"Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.
"Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.
Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajian komunikasi massa.
Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu 'Gong Xi Gong Xi' dan 'Da Di Hui Chun'.
Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaum dan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.
Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada penyanyi terkenal Korea iaitu Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'.
Bernama
Mon Feb 11 2013
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
PM Najib ucap takziah atas pemergian Tan Sri SM Salim
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air dan warisan dunia Melayu.
PM Najib lancar lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM12.5 bilion.
PM dan Ketua Polis Negara digesa tidak berdiam diri dalam isu polisi "tembak dahulu"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa untuk tidak berdiam diri dalam isu polis 'tembak dahulu'.
Tiada sebarang program sulit berkaitan 'Projek IC'
Tiada sebarang program sulit dilakukan kerajaan berlaku berkaitan projek kad pengenalan yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing.
PM Najib: "Tidak akan ada penghormatan terakhir untuk Chin Peng"
Tiada penghormatan terakhir dari kerajaan akan diberikan kepada bekas pemimpin nombor satu Parti Komunis Malaya, mendiang Chin Peng.
PM Najib di Kuala Terengganu bagi semangat jentera pilihan raya
PM Najib tiba di Kuala Terengganu sebahagian daripada program lawatan bagi memberi semangat kepada jentera pilihan raya BN jelang PRU13.
PM Najib lancar Pasar Bergerak 1Malaysia
PM Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia, sebagai satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.
PM gembira Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina meriah
PM Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang.