NATIONAL
PM harap pelajar jalani latihan ECRL di China jadi contoh 'duta' dibanggakan

Anwar hadir pada Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL bagi fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) ECRL, di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelajar Malaysia yang akan dihantar ke China bagi menjalani latihan berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ERCL) menjadi contoh terbaik dan kebanggaan negara.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelajar Malaysia yang menjalani latihan berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di China dapat menjadi contoh terbaik dan kebanggaan negara.
- Anwar menekankan bahawa pelajar perlu memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya, menunjukkan disiplin, keterampilan, dan akhlak yang baik kerana mereka membawa amanah besar sebagai wakil Malaysia.
- Program latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dalam pengoperasian dan penyelenggaraan sistem pengangkutan moden, menjadikan ECRL sebagai tulang belakang sistem rel negara.
Anwar turut menekankan pentingnya disiplin, keterampilan dan akhlak dalam memanfaatkan peluang latihan ini, khususnya dalam bidang pengkhususan pengoperasian dan penyelenggaraan sistem pengangkutan moden.
"Anak muda yang diberi peluang dan kemudahan ini perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini amanah yang besar. Ramai yang mencari peluang seperti ini, bukan sahaja kerana ia melibatkan pengangkutan tercanggih di dunia, tetapi kerana ia menuntut komitmen yang tinggi.
"Saya harap anak-anak ini akan menunjukkan disiplin dengan nilai, ilmu dan akhlak yang baik supaya mereka jadi kebanggaan negara dan rantau," katanya lagi.
Latihan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuh kemahiran tenaga kerja tempatan dalam pengoperasian dan penyelenggaraan projek ERCL, yang bakal menjadi tulang belakang sistem pengangkutan moden di Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami