awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Hargailah bantuan kerajaan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
08/03/2018
09:53 MYT
PM: Hargailah bantuan kerajaan
Datuk Seri Najib melancarkan buku 'No Wrong Door, The Story of Sidek Hassan' di Kuala Lumpur hari ini.
Hargai bantuan yang diberikan kerajaan kerana pada satu ketika, semua rakyat ada menerima bantuan dari kerajaan.
Ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan buku mantan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan di Dewan Filharmonik Petronas di sini, hari ini.
"Jika kita baca buku beliau, kita akan faham mengapa Tan Sri Sidek dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.
"Seorang insan dari kampung yang mampu berjaya sebagai penjawat awam dan berbakti kepada negara. Ketika dalam perjalanan, Tan Sri Sidek mengakui bahawa sumbangan dari Kerajaan iaitu RM20 ketika beliau bersekolah telah membantunya sehingga beliau mencapai tahap ketika ini.
"Jadi kita boleh lihat sendiri, sama ada anda orang terkaya di Malaysia ataupun Ketua Setiausaha Negara, pada satu ketika dalam hidup anda, pasti Kerajaan ada membantu anda," kata Datuk Seri Najib.
Buku bertajuk 'No Wrong Door, The Story of Sidek Hassan' ditulis oleh Dr Rokiah Talib dan diterbitkan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut hadir di majlis tersebut ialah Sidek sendiri serta Ketua Setiausaha Negara ketika ini Tan Sri Ali Hamsa dan juga Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Topic Berkaitan
#Dr Rokiah Talib
#Najib Razak
#No Wrong Door
#pelancaran buku
#Penerbit UKM
#sidek hassan
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan