awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah

Bernama
Bernama
13/08/2024
13:46 MYT
PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melakukan lawatan kerja ke PPS Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu di Alor Gajah. - Foto FB Shamsul Iskandar Mohd Akin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu di Alor Gajah.
"Ini PPS pertama (yang saya lawati) sebelum ke PPS seterusnya. Di PPS ini, telah ditempatkan sebanyak 59 keluarga iaitu seramai 163 mangsa yang terjejas dalam bencana banjir di kawasan sekitar tidak termasuk PPS lain.
"Saya turut menyerahkan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 109 mangsa yang terkesan setakat 12 Ogos di PPS ini termasuk di PPS seterusnya," kata Shamsul Iskandar dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam turut hadir bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang terkesan di kawasan itu.
Shamsul Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa banjir.
"Saya juga berdoa agar mangsa-mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapi ujian ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#hulur bantuan
#mangsa banjir
#banjir alor gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan