awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hulur sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok

Bernama
Bernama
17/05/2025
14:45 MYT
PM hulur sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok
Sumbangan disampaikan Ahmad Farhan, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas sewaktu mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok, Kuantan, Pahang.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan.
"Sungguh pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria. Saya menyampaikan salam takziah dan rasa simpati yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham.
"Bagi pihak Perdana Menteri, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan yang amat menyentuh perasaan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang amat berat ini," katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini.
Nur Afia Ramadhannie, 7, yang hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok, ditemukan lemas pada Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#lemas
#tanda prihatin
#Sungai Balok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan