KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menggunakan bahasa Melayu secara rasmi untuk berucap dalam dua persidangan antarabangsa yang dijadual berlangsung hujung tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata persidangan antarabangsa itu ialah Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka berlangsung November ini dan Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu ketiga September.
"Kalau kita lihat pemimpin-pemimpin dari negara lain yang hadiri persidangan besar seperti itu turut menggunakan bahasa kebangsaan mereka, jadi kita tak perlu kekok.
"Minggu depan Perdana Menteri akan lakukan lawatan rasmi ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu dan di sana beliau akan guna bahasa Melayu," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Semalam, Ismail Sabri pada persidangan Dewan Negara berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN, dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa.
Saifuddin berkata pihaknya menyokong penuh hasrat Perdana Menteri itu serta telah membuat persediaan khusus dan segera dari segi penguasaan bahasa Melayu dan penguasaan lima bahasa asing utama yang digunakan oleh PBB.
Beliau berkata langkah itu turut melibatkan antaranya untuk mewujudkan kembali elaun bahasa ketiga sebagai motivasi pegawai-pegawai kementeriannya untuk mempelajari bahasa asing.
"Pada suatu masa dahulu, ada elaun bahasa ketiga ini kami akan bincang dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimana nak wujudkan kembali elaun itu.
"Namun, kami merasakan ini bukan hanya untuk pegawai kami tetapi turut juga untuk pegawai dari kementerian lain yang bertugas di luar negara," katanya.
Beliau turut memaklumkan Wisma Putra akan mula menghantar surat rasmi ke negara luar menggunakan bahasa Melayu dan disertakan dengan terjemahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menggunakan bahasa Melayu secara rasmi untuk berucap dalam dua persidangan antarabangsa yang dijadual berlangsung hujung tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.