awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri mahu Pekida terus pegang prinsip amar ma'ruf nahi mungkar

Bernama
Bernama
18/12/2021
20:37 MYT
PM Ismail Sabri mahu Pekida terus pegang prinsip amar ma'ruf nahi mungkar
Ismail Sabri, Naib Presiden Pekida Datuk Ngah Ismail (kiri) dan Penolong Setiausaha Agung Pekida Datuk Abu Bakar Hamzah (kanan) melakukan gimik perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pekida ke-25 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia perlu terus menjunjung prinsip 'amar ma'ruf nahi mungkar' yang menjadi pegangan dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata Pekida Malaysia perlu menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan bagi menonjolkan imejnya dalam masyarakat untuk menghakis sebarang tanggapan negatif terhadap persatuan itu.
Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar, Ismail Sabri berkata Pekida Malaysia perlu memperkukuhkan peranan khidmat komuniti serta mengaktifkan kembali aktiviti kejiranan berteraskan semangat kekeluargaan sebagai usaha merapatkan ukhuwah silaturrahim antara ahlinya dan masyarakat.
"Melalui aktiviti kemasyarakatan, Pekida sudah tentu mampu berperanan sebagai pengukuh perpaduan dalam Keluarga Malaysia. Begitulah juga sesebuah pertubuhan akan lebih kuat sekiranya seluruh ahli bersepakat dan bersatu padu ibarat sebuah keluarga," katanya.
Dengan berpegang pada prinsip 'amar ma'ruf nahi mungkar', Ismail Sabri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pekida Malaysia di sini malam tadi berkata, Pekida Malaysia dapat memandu Keluarga Malaysia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Ini kerana Pekida Malaysia sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana membawa imej Islam. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Junjunglah konsep amar ma'ruf nahi mungkar itu demi agama dan negara," katanya.
Ismail Sabri turut mengalu-alukan Pekida Malaysia untuk membantu kerajaan bagi merancakkan kembali ekonomi negara melalui rangkaian perniagaan yang dimiliki pertubuhan itu.
"Melalui keahlian lebih 350,000 orang seluruh negara, aktiviti keusahawanan dan perniagaan dalam kalangan ahli ini juga menjadi satu kelebihan kerana dapat membekalkan produk yang dihasilkan secara terus kepada pelanggan tanpa melibatkan orang tengah.
"Gunakanlah kepakaran yang ada dalam jemaah untuk membantu ahli khususnya menarik golongan muda dalam meningkatkan kemahiran diri bersesuaian keperluan teknologi terkini seperti ekonomi digital yang menjadi begitu penting sekarang ini khususnya ketika era pandemik," katanya.
Bagi memperkukuh pentadbiran Pekida Malaysia, Ismail Sabri turut mengumumkan pemberian sumbangan RM200,000 kepada pertubuhan itu selain akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk membantu NGO berkenaan yang banyak terlibat dalam industri peruncitan dan koperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pekida Malaysia
#amar ma'ruf nahi mungkar
#ismail sabri yaakob
#aktiviti kemasyarakatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan