KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini.
Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030 dihasilkan bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara serta menetapkan aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dalam masa sama, katanya, penggubalan Dasar Perpaduan Negara adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
"Dasar Perpaduan Negara adalah selaras dengan dasar-dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar lain yang berkuat kuasa.
"Rakyat Malaysia sejak sekian lama berpegang kepada Rukun Negara. Kita percaya kepada Tuhan, kita setia kepada Raja dan negara, kita junjung keluhuran perlembagaan, kita hormati kedaulatan undang-undang dan kita sentiasa bersopan dan bertatasusila dalam pergaulan kita seharian.
"Tidak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Melanau, orang asal atau mana-mana etnik sekalipun, bergelar warganegara Malaysia, maka inilah ciri-ciri yang wajib kita hayati," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya menerusi Facebook Kementerian Perpaduan Negara.
Muhyiddin menegaskan, kerajaan amat menyedari akan hakikat bahawa perpaduan adalah tunjang kemakmuran negara.
Justeru, ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) yang berteraskan ‘model integrasi’ tersebut dihasratkan untuk rakyat Malaysia.
"Ini kerana berdasarkan sejarah, kita rakyat Malaysia telah menerima hakikat bahawa masyarakat negara ini adalah majmuk dan pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa dan budaya.
"Oleh kerana perbezaan dan kepelbagaian ini, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara ini perlu dilengkapi dan dilandasi usaha integrasi berterusan," katanya lagi.
Menyedari hakikat tersebut, Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, telah menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.
Tiga objektif utama yang ditetapkan dalam dasar ini iaitu pertama, mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, kedua, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab; dan ketiga melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Bagi memastikan objektif ini tercapai, sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya agen penggerak perpaduan yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan adalah sangat penting.
"Saya ingin tekankan bahawa Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar kita bersama. Kita semua adalah agen perpaduan negara. Kita yang akan membawa aspirasi ini ke hadapan.
"Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan dan kudrat kita untuk terus menyebarkan semangat perpaduan dalam keadaan yang amat mencabar pada masa ini," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, perpaduan rakyat Malaysia dapat dilihat dengan jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah.
"Di kala negara masih berdepan dengan gelombang COVID-19, kita telah saksikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
"Berbekalkan slogan #KitaJagaKita, rakyat bersama-sama bersatu membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan," tambahnya lagi.
Dalam tempoh negara berdepan dengan wabak COVID-19 ini, Muhyiddin berkata, beliau sedar ramai kalangan rakyat Malaysia telah menunjukkan sifat empati antara satu sama lain.
"Kita saksikan ramai rakyat Malaysia menzahirkan merupakan keupayaan individu atau kumpulan untuk memahami sentimen, aspirasi, kebimbangan, cita-cita, individu atau kumpulan yang lain.
"Dalam krisis COVID-19, rakyat Malaysia khususnya petugas di barisan hadapan atau frontliners telah membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama.
Justeru, sifat empati itu harus diperkukuhkan dalam masyarakat dan membantu usaha negara mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan.
Astro Awani
Mon Feb 15 2021
Perdana Menteri berkata sifat empati itu harus diperkukuhkan dalam masyarakat dan membantu usaha negara mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan. - Facebook Kementerian Perpaduan Negara
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Angkat Dasar Perpaduan Negara elak pergeseran masyarakat - Pensyarah
Sudah tiba masanya Dasar Perpaduan Negara diangkat sebagai satu falsafah penting dalam mengikat perpaduan masyarakat.
Kekalkan identiti kaum dalam menyatupadukan rakyat Malaysia - Madeline
Setiap rakyat di negara ini perlu kekal dengan budaya kaum masing-masing dan tidak seharusnya dipaksa mengamalkan budaya kaum lain.
Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.
PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.
Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik - PM Muhyiddin
Kerajaan sedar, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi selama ini demi matlamat peribadi.
PM lancar Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030
Ia bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara serta menetapkan aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.