awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM luang masa ziarah Abdul Hadi, Ziauddin Sardar di IJN

Bernama
Bernama
05/01/2024
09:07 MYT
PM luang masa ziarah Abdul Hadi, Ziauddin Sardar di IJN
Ziauddin pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di situ.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.
"Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berikutnya.
Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menziarahi mereka di IJN di sini, hari ini.
Abdul Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Jan lepas.
Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ziarah
#Abdul Hadi Awang
#Ziauddin Sardar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan