Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa banyak lagi yang boleh dilakukan untuk masyarakat India dengan perpaduan dan keyakinan atau 'nambikei' yang berterusan antara kerajaan dan masyarakat itu.
Oleh itu, beliau mahu mereka terus bersatu padu dan memberi tumpuan bagi mencapai yang terbaik melalui pelbagai inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk masyarakat itu.
Beliau berkata melalui komitmen dan keyakinan, atau ‘nambikei’ antara kerajaan dan masyarakat India, kerajaan telah dapat membawa pelbagai penambahbaikan dan transformasi kepada masyarakat itu secara keseluruhannya.
"Dengan perpaduan dan ‘nambikei’ yang berterusan antara kita, saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa kita boleh melakukan lebih banyak lagi dan sampai kepada setiap keluarga masyarakat India yang memerlukan, oleh itu pastikan bahawa kemajuan negara kita dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my sempena sambutan Ponggal esok.
Beliau menyifatkan ketibaan bulan bertuah ‘Thai’ dalam kalender masyarakat India menandakan sambutan ‘Ponggal’, sambutan pesta menuai yang melambangkan satu permulaan baru.
"Memandangkan rakan-rakan kita melambangkan tuaian yang melimpah ruah dengan tradisi mereka memasak susu dan nasi, kita diingatkan mengenai pertumbuhan pesat agenda tranformasi negara kita yang telah membawa banyak kejayaan dan pembangunan yang berterusan untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan pelbagai peluang dan dengan mengukuhkan perpaduan selain sama-sama bekerja kuat, semua rakyat Malaysia boleh berkongsi hasil tuaian negara apabila Malaysia terus bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Perdana Menteri juga mengucapkan "Ponggal Vaalthukal" kepada semua rakyat Malaysia keturunan India.
"Mari kita bersama-sama dalam semangat 1Malaysia untuk menyertai rakan-rakan kita dan meraikan perayaan ini dengan harapan baru bahawa perayaan ini adalah permulaan baru yang akan membawa lebih banyak kemajuan dan kejayaan kepada Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Jan 13 2013
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barang guna cap dagangan tidak sah
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dalam serbuan di dua lokasi.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.
GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.
Pelanggan kedai aiskrim disamun dua lelaki berparang
Suspek cuba mencederakan mangsa yang ketika itu sedang membeli aiskrim sebelum melarikan mesin wang tunai di premis terbabit.
Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.
Budak perempuan hilang ketika ambil makanan ditemui semula, dipercayai diculik
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Klang terungkai setelah ditemui semula selepas dipercayai diculik.
Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Lencongan sementara di susur Lebuh Gambus dari 29 Jun hingga 1 Julai
Kedua-dua jalan susur keluar Lebuh Gambus, Klang akan dilencong dan ditutup secara berkala bagi memudahkan pelaksanaan kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai.