Memberi fokus berterusan terhadap pertumbuhan sambil memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi negara merupakan falsafah yang menjadi pegangan Malaysia dalam usaha menurunkan kadar kemiskinan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa berkongsi kisah kejayaan itu, menyatakan bahawa kerajaan juga menekankan hakikat bahawa pertumbuhan itu mempunyai kaitan dengan keadilan.
"Kami pastikan wujudnya keseimbangan agar setiap orang mandapat manfaat daripadanya, tanpa meminggirkan mana-mana rakyat.
"Inilah falsafah yang menjadi pegangan kami, dan kami menggabungkannya dengan langkah serta program berkesan dan hasilnya, saudara dapat melihat kadar kemiskinan berkurangan dengan banyaknya di Malaysia manakala pendapatan pula bertambah pada kadar yang tidak terdapat sebelum ini," kata beliau.
Perdana menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Al Arabiya News Channel bersempena lawatan negara bersejarah Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, ke Malaysia baru-baru ini.
Najib menarik perhatian bahawa peratusan kadar kemiskinan itu menurun 'kepada paras yang sangat rendah iaitu 0.6 peratus' pada 2015 berbanding dengan nisbah lebih 60 peratus ketika Malaysia merdeka pada 1957.
Mengenai kejayaan Malaysia menangani masalah pengangguran, beliau menyatakan bahawa dasar-dasar kerajaan yang membolehkan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan serta adanya pelaburan langsung asing membawa kepada wujudnya peluang pekerjaan baharu.
"Dahulu, sektor awam begitu dominan tetapi melalui proses transformasi yang kami lakasanakan sebagai sebahagian daripada pelan peralihan sejak 2009, hari ini, sektor swasta pula menjadi enjin pertumbuhan," kata beliau.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut menekankan tentang perlunya mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi bagi membolehkan pemilik menikmati pendapatan tinggi.
"Kami tidak berhasrat mewujudkan pekerjaan yang hanya memerlukan kemahiran bertahap rendah kerana ini bermakna tahap pendapatan juga rendah.
"Kami memberi fokus utama untuk meningkatkan paras pendapatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan bagi warganegara yang memiliki kemahiran tinggi," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2017
Perdana Menteri ketika ditemubual Al Arabiya News Channel pada 6 Mac sempena lawatan negara bersejarah Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, ke Malaysia. - fotoBERNAMA
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
PM Najib kongsi rahsia Malaysia turunkan kadar kemiskinan, tangani pengangguran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa berkongsi kisah kejayaan itu, menyatakan bahawa kerajaan juga menekankan hakikat bahawa pertumbuhan itu mempunyai kaitan dengan keadilan.
Tiada tempat untuk keganasan di Malaysia - PM Najib
Malaysia mengambil pendirian amat tegas terhadap ekstremisme dan keganasan dan enggan berkompromi atau bertolak ansur dalam perkara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malaysia tekad selesaikan kes pembunuhan Jong Nam - PM Najib
Malaysia mengambil pendirian serius dan bertekad untuk merungkai perkara sebenar berhubung pembunuhan warga Korea Utara.