Siap sedia.

Itu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Pilihan Raya Umum ke 13.

Menurut Najib, pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, memberitahu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan juga hampir selesai.

BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu pengumuman calon akan dibuat lebih awal.

Najib sebelum itu mempengerusikan mesyuarat BN di ibu negara.