awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain

Bernama
Bernama
16/12/2017
14:53 MYT
PM Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain
NAJIB menghadap Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Pertama negara ini, Putera Salman Hamad Al Khalifa. - Gambar Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Bahrain, menghadap Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Pertama negara ini, Putera Salman Hamad Al Khalifa di sini pada Sabtu.
Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Putera Salman menyambut mesra ketibaan Najib di Istana Ghudaibiya di mana Perdana Menteri diberi sambutan rasmi negara, dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Najib juga memeriksa perbarisan kehormat sempena upacara itu.
Putera Salman kemudian meraikan Najib dan anggota delegasi beliau pada majlis jamuan tengah hari.
Terdahulu, Najib menghadiri taklimat tentang pembangunan ekonomi negara Teluk Arab ini di pejabat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain.
Pada majlis itu, ketua eksekutif lembaga berkenaan, Khalid Al Rumaihi memberi taklimat tentang rancangan Bahrain untuk menarik pelaburan dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif, termasuk ekonomi digital.
Taklimat itu turut dihadiri Hishammuddin. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahrain
#Hishammuddin Hussein
#Istana Ghudaibiya
#Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Putera Mahkota Bahrain
#Putera Salman Hamad Al Khalifa
#Rosmah Mansor
#Teluk Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan