awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib ucap tahniah tiga penjelajah negara berjaya ekspedisi ke Kutub Utara

Bernama
Bernama
21/04/2017
09:47 MYT
PM Najib ucap tahniah tiga penjelajah negara berjaya ekspedisi ke Kutub Utara
Tiga penjelajah Malaysia ke Kutub Utara telah selamat menyempurnakan misi mereka. - Foto: Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin
Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada tiga penjelajah negara yang berjaya menamatkan misi penjelajahan ke titik 90 darjah Kutub Utara dalam misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017.
"Alhamdulillah, saya dimaklumkan tiga penjelajah kita ke Kutub Utara telah selamat menyempurnakan misi mereka. Tahniah!" kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
Ketua Penjelajah, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, 35, Shahrom Abdullah, 38, dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37, menamatkan misi tersebut pada 5.06 petang semalam waktu Kutub Utara atau 11.06 malam tadi waktu Malaysia.
Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji sejauh 111 kilometer yang memakan masa 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke titik 90 darjah Kutub Utara.
Bagaimanapun, ketiga-tiga penjelajah Malaysia itu menamatkan misi mereka dalam tempoh enam hari sahaja.
Kumpulan penjelajah negara itu berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lepas sebelum berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard, Norway selama seminggu bersama pasukan sokongan diketuai Penasihat KE7B Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dan turut disertai beberapa wakil media dari TV3 dan NSTP.
Ekspedisi ke Kutub Utara itu merupakan aktiviti ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B Tujuh Puncak Tujuh Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi KE7B Merentas Greenland 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan