Kerajaan pusat bersetuju melaksanakan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak kerana ia bersesuaian dengan hasrat kedua-dua kerajaan negeri untuk memainkan peranan lebih penting yang juga melambangkan hasrat rakyat Malaysia di negeri berkenaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata peringkat pertama pelaksanaan prinsip penurunan kuasa akan melibatkan pentadbiran dan dilaksanakan secara berperingkat.
Sehubungan itu, Najib mengumumkan beberapa langkah yang kerajaan negeri akan diberi peranan lebih besar dalam menentukan projek khususnya projek keutamaan.
"...dan lokasi projek yang akan dilaksanakan di mana rundingan akan diadakan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai.
Najib berkata bagi penilaian tender projek-projek pusat pula boleh dilaksanakan di peringkat negeri melalui jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan wakil-wakil kerajaan pusat.
Menurutnya temuduga bagi pengambilan ke jawatan dalam perkhidmatan awam seperti guru dan polis, tidak lagi hanya berpusat di bandar tertentu tetapi akan turut diadakan di kawasan lain bagi memudahkan penduduk di kawasan pedalaman menghadiri temuduga berkenaan.
Beliau turut mengambil perhatian bahawa terlalu banyak guru dari Semenanjung ditempatkan di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan guru terbabit tidak kekal lama, selain guru kurang berpengalaman dihantar bertugas ke negeri berkenaan.
Justeru, katanya, kerajaan pusat telah menetapkan sasaran sebanyak 90 peratus guru terdiri daripada mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Misalnya, jumlah guru anak kelahiran Sarawak ketika ini adalah seramai 32,168 orang daripada 41,935 orang.
"Ini bermakna, dalam masa tiga tahun, jumlah guru anak kelahiran negeri yang bertugas di Sarawak akan meningkat kepada 38,082 orang; iaitu pertambahan seramai 5,914 orang," katanya.
"Ini bagi mengkaji penurunan kuasa secara pentadbiran supaya teratur dari segi pelaksanaan dan kebolehlaksanaan perkara-perkara lain yang berkaitan perundangan dan pertindihan fungsi antara agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan pusat pada prinsipnya bersetuju menaik taraf status Pejabat Daerah Serian kepada Pentadbiran Bahagian Serian dan menaik taraf tujuh pejabat daerah kecil kepada daerah penuh iaitu Tebedu, Pusa, Kabung, Tanjung manis, Sebauh, Subis dan Beluru.
Selain itu, katanya dua pejabat daerah baharu akan diwujudkan di Telang Usan dan Bukit Mabong; serta empat pejabat daerah kecil baharu di Bario, Tinjar, Long Bedian dan Mulu.
"Kita juga akan menentukan keperluan di peringkat negeri Sabah setelah kita selesai perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah," katanya.
Bernama
Wed Sep 16 2015
Najib mengumumkan beberapa langkah yang kerajaan negeri akan diberi peranan lebih besar dalam menentukan projek khususnya projek keutamaan.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.