awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM pertahan keputusan sambung kontrak Azam Baki

Bernama
Bernama
23/05/2025
16:18 MYT
PM pertahan keputusan sambung kontrak Azam Baki
Anwar berkata SPRM kini mengambil tindakan tegas terhadap individu berprofil tinggi termasuk yang bergelar Datuk Seri, Tan Sri dan Tun. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan keyakinan terhadap keberanian beliau memerangi rasuah.

Ringkasan AI
  • Kerajaan sambung kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kerana keberaniannya membanteras rasuah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pertahan keputusan itu walaupun dikritik, termasuk oleh pembangkang.
  • Anwar minta semua pihak beri ruang kepada SPRM terus ambil tindakan tegas terhadap individu berprofil tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun langkah itu menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pembangkang, beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa Azam telah menunjukkan ketegasan dalam membanteras rasuah secara besar-besaran.
"Saya percaya melihat kepada perkembangan SPRM puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah semua tauke besar.
"Ya, ini kenyataan. Saya boleh ganti dan bincang dengan kawan (Kabinet), boleh ganti esok tapi saya tidak yakin yang baharu itu berani menyinggung tauke besar yang punyai bilion ringgit kekayaannya," kata beliau.
Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian dalam ucapan dasar presiden dan perasmian Kongres Nasional parti itu di Persada Johor di sini malam ini.
Beliau berkata SPRM kini mengambil tindakan tegas terhadap individu berprofil tinggi termasuk yang bergelar Datuk Seri, Tan Sri dan Tun.
Justeru itu, Perdana Menteri meminta semua pihak memberikan ruang bagi memastikan tindakan tegas sedemikian dapat diteruskan tanpa gangguan.
Pada masa sama, Anwar melahirkan rasa kecewa kerana tindakan SPRM membanteras rasuah sering disalah tafsir sebagai motif dendam terhadap pihak tertentu.
"Bagi ruang (kepada Azam), sementara itu kita cari ganti yang kita yakin berani dan peralihan akan berlaku dalam kepimpinan SPRM," katanya.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan semula Azam adalah bagi tempoh setahun berkuat kuasa pada 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Azam Baki
#SPRM
#sambung kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan