WARSAW: Presiden Poland Andrzej Duda pada Isnin menamakan penyandang Perdana Menteri Mateusz Morawiecki sebagai ketua kerajaan yang baharu berikutan pilihan raya parlimen yang diadakan bulan lepas.
"Setelah mengadakan rundingan saya memutuskan untuk memberikan tugas menubuhkan kerajaan kepada Perdana Menteri Mateusz Morawiecki.
"Saya memutuskan untuk meneruskan tradisi Parlimen iaitu parti yang menang diberi peluang untuk membentuk kerajaan," kata Duda dalam ucapan di televisyen, lapor Xinhua.
Pilihan raya Parlimen yang diadakan pada 15 Oktober lepas mencatatkan jumlah pengundi paling ramai namun tiada parti yang bertanding dapat membentuk kerajaan.
Parti Law and Justice (PiS) yang memerintah Poland selama dua penggal berturut-turut hanya memenangi 194 kerusi, tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Dewan Rakyat Poland atau Sejm mempunyai 460 kerusi.
Parti pembangkang, termasuk Civic Coalition, Third Way dan New Left, secara kolektif memenangi 248 kerusi.
Mereka telah menyatakan kesediaan untuk membentuk kerajaan campuran di bawah pimpinan bekas presiden Majlis Eropah dan bekas perdana menteri Poland Donald Tusk.
Mengikut Perlembagaan Poland, lazimnya presiden akan melantik perdana menteri daripada parti yang menang pilihan raya umum.
Perdana menteri kemudiannya menubuhkan kerajaan pada sidang Sejm akan datang.
Bagaimanapun kerajaan baharu itu perlu menang undi percaya secara majoriti.
Jika undi percaya gagal, mengikut Perlembagaan presiden wajib memberikan tugas menubuhkan kerajaan kepada parti kedua yang menang.
Sidang pertama Sejm dijadualkan pada 13 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Perdana Menteri Mateusz Morawiecki dinamakan sebagai ketua kerajaan yang baharu berikutan pilihan raya parlimen yang diadakan bulan lepas. - Gambar/ Reuters
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Malaysia, Uzbekistan setuju tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan
Malaysia komited untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris kepada Uzbekistan dalam memastikan bahawa standard pendidikan antarabangsa dipenuhi.
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
1 maut, 9 cedera dalam serangan pisau di rumah anak yatim
Seorang remaja perempuan maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian serangan pisau di rumah anak yatim di tengah Poland lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
WUF 2022 buka tirai ketika dunia berdepan dengan krisis 4C
Forum penting ini akan menjadi medan perbincangan dasar pembangunan urban yang lebih lestari untuk masa akan datang.
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.
Huawei pecat pekerja yang ditahan di Poland atas dakwaan pengintipan
Tiada bukti telah didedahkan secara umum dan syarikat itu sudah berulang kali menafikan tuduhan.
Pereka bilik 'Escape Room' dihadapkan ke mahkamah Poland
Seorang pereka bilik permainan 'Escape Room' di Poland di mana lima remaja perempuan maut akibat kebakaran minggu lalu, telah dibawa ke mahkamah.
Lima remaja perempuan maut dalam kebakaran, 13 'Escape Room' ditutup
Pihak polis Poland telah mengarahkan 13 pusat permainan Escape Room ditutup kerana isu keselamatan.
Lewandowski beri amaran menjelang Piala Dunia
Pemain Bayern Munich itu mahu Poland meningkatkan prestasi berbanding kejayaan ketika saingan Piala Eropah 2016, di mana mereka melangkah ke suku akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Portugal.
Bront Palarae bakal ke New York?
Filem arahan sutradara tersohor Indonesia, Joko Anwar itu telah terpilih untuk menyertai Festival Filem 'What the Fest!?' di New York mulai 29 Mac hingga 1 April nanti.
Pelajar Malaysia antara yang terbaik di universiti Poland - Duta
Pelajar Malaysia mempamerkan prestasi cemerlang di universiti Poland hingga menarik perhatian banyak pihak, kata Duta Besar Malaysia di Poland, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.