Seorang pereka bilik permainan ‘Escape Room’ di Poland di mana lima remaja perempuan maut akibat kebakaran minggu lalu, telah dibawa ke mahkamah pada Isnin.
Mahkamah Daerah Koszalin mengarahkan Milosz S., 28 tahun, untuk ditahan selama tiga bulan sementara prosiding kes itu dijalankan.
Menurut wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah, Milosz mempunyai hak untuk memfail aduan dalam masa tujuh hari.
Pihak pembelaan Milosz berkata, walaupun mereka berharap prosiding mahkamah dapat dijalankan secepat mungkin, namun mereka percaya kes itu akan mengambil masa kerana ia kes yang unik.
Peguam Milosz, Wojchiech Janus berkata, anak guamnya kini "sangat murung" dan dalam "keadaan mental yang sangat teruk".
Sementara itu, Datuk Bandar Koszalin pada Isnin mengumumkan, kelima-lima remaja yang maut akan disemadikan bersama dalam satu upacara yang bakal diadakan minggu ini.
Pada Jumaat lalu, lima remaja perempuan berusia 15 tahun maut apabila bilik permainan ‘Escape Room’ di sebuah pusat hiburan yang mereka kunjungi terbakar.
Kumpulan remaja tersebut, semuanya dari sekolah yang sama, dilaporkan sedang menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang daripada mereka.
Menurut laporan bedah siasat, kesemua remaja itu meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.
Pihak bomba tempatan berkata, susulan insiden tersebut, 26 pusat hiburan Escape Room yang lain telah ditutup selepas didapati tidak memenuhi aspek keselamatan.
Pemeriksaan ke atas 1,100 lagi tapak Escape Room di sekitar Poland masih dijalankan.
Agensi
Tue Jan 08 2019
Paparan skrin laporan portal Radio ZET yang berpusat di Poland tentang penahanan Milosz S.
UNGCMYB rai penggerak 'Forward Faster' syarikat
Langkah yang berani dipacu iltizam yang tinggi membolehkan tranformasi hijau tercapai. Berpegang pada prinsip agenda pembangunan mampan 2030 yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) percaya langkah proaktif dalam membudayakan strategi lestari dalam sektor korporat dan perniagaan, penting dan perlu diraikan seperti mana yang cuba disampaikan menerusi penganjuran Anugerah Kelestarian Forward Faster UNGCMYB 2024.
McDonald’s Malaysia: Perkenal kempen ‘ProsperityKu’, rai 30 tahun Prosperity Burger
McDonald's Prosperity Burger kembali lagi dan kali ini berger ikonik buatan Malaysia itu meraikan 30 tahun kewujudannya.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Penat, letih mengemas belum hilang, gelombang baharu bakal landa
Penat mengemas kediaman belum pun hilang tetapi penduduk di Terengganu bersiap siaga menghadapi gelombang baharu banjir.
Banjir: Kediaman ranap dipukul bah
Firdaus Azil membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan ketika ramai mangsa mula pulang seketika melihat keadaan kediaman mereka.
Kerajaan pertimbang pampasan bina semula rumah mangsa banjir
Kerajaan akan mempertimbang pampasan sewajarnya kepada mangsa banjir yang kediamannya musnah sepenuhnya untuk membolehkan mereka membina semula rumah pasca bencana berkenaan.
Hujan lebat luar biasa punca Pantai Timur terjejas teruk
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, taburan hujan juga adalah dua kali ganda berbanding purata biasa, ditambah dengan keadaan air pasang besar.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, taburan hujan juga adalah dua kali ganda berbanding purata biasa, ditambah dengan keadaan air pasang besar.
98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di PPS seluruh Kelantan
Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat Isnin.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan adalah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan adalah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes.
Pereka bilik 'Escape Room' dihadapkan ke mahkamah Poland
Seorang pereka bilik permainan 'Escape Room' di Poland di mana lima remaja perempuan maut akibat kebakaran minggu lalu, telah dibawa ke mahkamah.
Lima remaja perempuan maut dalam kebakaran, 13 'Escape Room' ditutup
Pihak polis Poland telah mengarahkan 13 pusat permainan Escape Room ditutup kerana isu keselamatan.