PENYERANG Poland, Robert Lewandowski, menegaskan dirinya kini berada dalam tahap terbaik dan bersedia memberikan kesan besar buat negaranya di pentas Piala Dunia.
Pemain Bayern Munich itu mahu Poland meningkatkan prestasi berbanding kejayaan ketika saingan Piala Eropah 2016, di mana mereka melangkah ke suku akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh juara, Portugal.
Dia yang telah melakukan kurang 500 minit penampilan bersama Bayern berbanding ketika menuju ke Perancis pada dua tahun lalu berharap situasi itu mampu memberikan manfaat kepada dirinya di Russia.
"Jika kami membandingkan persediaan ketika Piala Eropah 2016, ia sangat berbeza," kata Lewandowski.
"Saya hadir daripada musim yang berbeza bersama kelab pada kali ini, beraksi dalam minit dan perlawanan yang kurang berbanding sebelum ini.
"Saya berharap anda akan dapat menyaksikan kesegaran daripada skuad di sepanjang kejohanan dan prestasi dapat ditingkatkan sejak perlawanan pertama.
"Selepas sekian lama, akhirnya kami kembali ke Piala Dunia dan mahu menampilkan aksi terbaik. Saya berharap penyokong-penyokong akan mengingati kami seperti skuad 1974 dan 1982."
Kapten Poland, Kamil Glik, bakal terlepas dua aksi awal Kumpulan H bertemu Senegal dan Colombia susulan kecederaan bahu yang dialami ketika cuba melakukan sepakan gunting dalam sesi latihan.
"Saya sedar akan situasi ini kerana pernah mengharunginya. Mengenalinya, mengetahui kesakitan yang dialami dan bagaimana untuk menjalani pemulihan membuatkan kami teruja untuk melihat dia kembali.
"Saya berharap dia cepat sembuh, kembali berlatih dan berjuang bersama kami. Jika dia menyatakan kesediaan untuk beraksi, segalanya akan jelas di atas padang," tambahnya.
Astro Arena
Thu Jun 14 2018
Robert Lewandowski. - Foto Astro ARENA
Diagnosis awal bantu kanak-kanak berkeperluan khas
Diagnosis dan terapi tahap awal pendidikan menjadi solusi kepada kerajaan Sarawak dalam melakukan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas di wilayah itu.
Blok rawatan medan ditukar jadi pusat rawatan warga emas
Blok rawatan medan yang dibangunkan bagi menampung pesakit Covid-19 di pekarangan Hospital Miri, akan diperluas dan dijadikan sebagai pusat rawatan untuk warga emas, dan pusat pengambilan darah.
Hospital Miri perlukan unit jantung segera - Lee
Hospital Miri memerlukan unit jantung bagi merawat pesakit di kawasan utara Sarawak.
Pelan Ekonomi Tuaran beri fokus kepada pelancongan dan agrikultur
Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 memberi fokus kepada pelbagai sektor termasuk pelancongan serta agrikultur bagi memberi fokus kepada potensi daerah itu.
Masidi alu-alukan siasatan oleh pihak berwajib
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan sebarang siasatan ke atas dakwaan oleh pihak berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat berhubung video 'whistleblower' oleh sebuah portal video.
MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 7 petang ini.
Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi sabah bersiap siaga
Sebanyak 14,209 pegawai dan anggota pelbagai agensi bersiap sedia menghadapi bencana banjir di Sabah.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa minta tolong, tak tahan sakit dipukul - Saksi
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu mahkamah mangsa yang ditemukan mati di kolej itu, ada meminta tolong kerana kesakitan.
1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.
Banjir 2024: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.
Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.
Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.
Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.