awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM setuju cadangan Sarawak wujudkan penerbangan butik

Bernama
Bernama
17/04/2023
13:19 MYT
PM setuju cadangan Sarawak wujudkan penerbangan butik
Perdana Menteri berkata cadangan itu juga akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri Persekutuan esok. - Gambar Bernama
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.
Beliau berkata penubuhan syarikat penerbangan itu boleh meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
"Melihat kepada prestasi dan keupayaan Kerajaan Sarawak, pada dasarnya saya bersetuju tentang penubuhan syarikat penerbangan itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata cadangan itu juga akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri Persekutuan esok.
"Saya setuju malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan Rabu ini, kita bincangkan (lagi berhubung kadar tambang penerbangan yang tinggi dan cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik Sarawak)," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan di majlis sama, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan harapan agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan penubuhan syarikat penerbangan itu.
Beliau berkata penubuhan syarikat itu adalah bertujuan untuk menstabilkan harga tambang penerbangan ke Sarawak yang tinggi.
"Kita (Sarawak) di Pulau Borneo, orang datang ke sini perlu gunakan kapal terbang... mereka tak dapat guna cara lain tetapi kadar tambang mahal.
"Kita sebenarnya tidak mahu bersaing (dengan syarikat penerbangan lain) tetapi hanya mahu stabilkan kadar tambang. Kadar tambang Kuala Lumpur ke Kuching sama seperti Kuala Lumpur ke Hong Kong. Kerajaan negeri sudah bersedia untuk melabur dalam syarikat penerbangan," katanya.
Pada 13 Nov tahun lepas, Abang Johari dilapor berkata Kerajaan Negeri Sarawak masih menunggu lesen dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan butik
#perbincangan lanjut
#kadar tambang
#jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan