awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM simpati dengan nasib mangsa kebakaran Kampung Cina

Bernama
Bernama
23/09/2022
22:00 MYT
PM simpati dengan nasib mangsa kebakaran Kampung Cina
Ismail Sabri menghulurkan bantuan awal bernilai RM1,000 kepada 12 keluarga yang terlibat dalam kebakaran bagi meringankan beban mangsa bencana kebakaran. -Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 12 keluarga yang terlibat dalam kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina, di sini, pada malam Ahad, menerima bantuan awal RM1,000 setiap keluarga daripada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.
Bantuan wang tunai tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus kepada setiap ketua isi rumah terbabit bagi meringankan beban mereka selepas ditimpa bencana itu.
Mohammad Anuar berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bentuk bantuan lain yang akan menyusul kepada mangsa selepas ini.
"Saya dah meninjau lokasi kejadian dan bagi pihak Perdana Menteri saya bersimpati atas apa yang menimpa.
"Saya difahamkan ada juga bantuan awal telah disalurkan oleh pihak kerajaan negeri dan hari ni saya datang mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan daripada Perdana Menteri," katanya selepas meninjau lokasi kebakaran di Kampung Cina.
Mohammad Anuar berkata beliau juga akan berbincang dengan perdana menteri bagi membantu kesemua mangsa melalui agensi atau pihak berkenaan memandangkan bangunan rumah kedai tersebut dibina di atas tanah berstatus Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
Kejadian berlaku pada jam 8.15 malam Ahad itu, mengakibatkan 12 rumah kedai di Jalan Bandar, Kampung Cina yang antaranya melibatkan kedai kain, kedai makan, kedai emas dan rumah penginapan, musnah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid sebelum ini, dilapor berkata pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kebakaran tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kebakaran deretan rumah kedai
#kampung cina
#bantuan awal RM1 000 setiap keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan