BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan untuk membincangkan cara memperluaskan kerjasama antara kedua-dua negara.
Malaysia adalah destinasi ketiga dalam lawatan lima hari dari 8 hingga 12 Okt untuk Srettha, yang memegang jawatan bulan lepas.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand berkata Srettha akan melakukan lawatan rasmi ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan tiga negara ASEAN termasuk Malaysia, untuk memajukan pelbagai kerjasama yang saling menguntungkan, terutamanya dalam bidang yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Thailand.
"Pada 11 Okt, Srettha dijadualkan untuk bertemu rakan sejawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan cara-cara memperluaskan kerjasama antara Thailand dan Malaysia, termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pembangunan sempadan merangkumi wilayah sempadan selatan Thailand dan negeri-negeri utara Malaysia," katanya.
Pada 2022, Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar Thailand dalam ASEAN dan menduduki tempat keempat secara global. Jumlah nilai perdagangan pula berjumlah lebih US$27 bilion (US$1=RM4.71).
Malaysia juga merupakan pelabur kedua terbesar di Thailand dalam ASEAN dan menduduki tempat kesembilan di peringkat global.
Memulakan lawatan rasminya, Kementerian Luar berkata Srettha dijadualkan bertemu dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-Chiu untuk mengukuhkan kerjasama perdagangan dan pelaburan pada 9 Okt.
"Beliau juga dijadual bertemu dengan wakil terkemuka sektor swasta Hong Kong untuk membincangkan peluang pelaburan di Thailand," katanya.
Pada 10 Okt, Srettha akan pergi ke Brunei di mana beliau akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemimpin paling kanan di ASEAN untuk membincangkan cara memperluaskan kerjasama dua hala antara Thailand dan Brunei Darussalam.
Pada 2022, perdagangan antara Thailand dan Brunei bernilai AS$790 juta mencerminkan pertumbuhan 29 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kementerian Luar berkata Srettha dan rakan sejawatan Singapura Lee Hsien Loong akan bertemu pada 12 Oktober untuk membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.
"Beliau (Srettha) juga akan bertemu dengan syarikat terkemuka Singapura untuk menggalakkan pelaburan di Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Malaysia adalah destinasi ketiga dalam lawatan lima hari dari 8 hingga 12 Okt untuk Srettha, yang memegang jawatan bulan lepas. - Foto AP
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Malaysia sedia teruskan dasar Thailand sedia ada - PM
Malaysia menyatakan kesediaan untuk meneruskan momentum dan dasar yang sebelum ini ditetapkan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok
Parlimen Thailand akan bersidang pada Jumaat ini bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin
Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak.
PM Thailand Srettha tidak akan hadir untuk keputusan di Mahkamah Perlembagaan esok
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tidak akan hadir apabila Mahkamah Perlembagaan pada Rabu menyampaikan keputusan mengenai pelantikan seorang menteri Kabinet yang mempunyai rekod jenayah.
Tesla batal rancangan bina kilang EV di Thailand, Malaysia, Indonesia - Laporan
Keputusan itu susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember.
PM Srettha, kerajaan Thailand pantau rapat krisis Asia Barat
Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.
Malaysia-Thailand tunjuk isyarat jelas mahu percepat pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kesepakatan Malaysia dan Thailand memberi isyarat jelas bahawa kedua-dua negara mahukan pertumbuhan ekonomi kawasan itu berjalan pantas.