awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri

Bernama
Bernama
18/08/2024
04:50 MYT
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen. -Gambar fail
BANGKOK: Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memberi perkenan untuk meluluskan pelantikan Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri ke-31 negara itu.
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Beliau turut memberi penghormatan kepada potret Raja Maha Vajiralongkorn sebagai simbolik menerima Perintah Diraja untuk menjadi Perdana Menteri ke-31.
Terdahulu, Paetongtarn tiba di majlis itu kira-kira 8.20 pagi dengan diiringi bapanya Thaksin Shinawatra dan anggota Kabinet sementara Thailand.
Paetongtarn merupakan perdana menteri termuda negara itu menggantikan Srettha Thavisin yang dilucutkan daripada jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Rabu (14 Ogos).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maha Vajiralongkorn
#Paetongtarn Shinawatra
#Thaksin Shinawatra
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan