awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia teruskan dasar Thailand sedia ada - PM

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
10/10/2024
11:54 MYT
Malaysia sedia teruskan dasar Thailand sedia ada - PM
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) bertemu Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra (dua, kanan) pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45. - Foto BERNAMA
VIENTIANE: Malaysia menyatakan kesediaan untuk meneruskan momentum dan dasar yang sebelum ini ditetapkan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk kesalinghubungan dan jalinan antara rakyat.
Perkara itu dinyatakan Anwar dalam pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
Anwar pada masa sama turut menzahirkan ucapan takziah atas tragedi banjir yang melanda 23 wilayah di negara itu, baru-baru ini yang menjejaskan lebih 66 ribu keluarga di lebih 1,600 kampung.
Paetongtarn Shinawatra memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-31 sejak 16 Ogos lalu selepas pemecatan Thavisin.
Terdahulu, Thavisin dilucutkan jawatan pada 14 Ogos lalu, selepas melanggar peraturan etika dengan melantik seorang peguam yang telah menjalani hukuman penjara, ke dalam Kabinetnya.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#dasar Thailand
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan