awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga Jins Shamsuddin

Bernama
Bernama
02/03/2017
05:05 MYT
PM, TPM ucap takziah kepada keluarga Jins Shamsuddin
Allahyarham pernah diberi penghormatan tinggi oleh kerajaan apabila beliau dilantik menjadi Senator, selama dua penggal mulai 2004 hingga 2011. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin yang meninggal dunia hari ini kerana sakit tua.
"Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam catatan Twitternya, malam tadi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi akaun Twitternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga seniman tanah air itu.
"Takziah keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya. Jasa seniman negara dikenang sepanjang zaman. Al Fatihah," katanya.
Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 1, 2017
Jins Shamsudin, 81, meninggal dunia ketika hendak mendapat rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati di sini petang tadi.
Allahyarham pernah diberi penghormatan tinggi oleh kerajaan apabila beliau dilantik menjadi Senator, selama dua penggal mulai 2004 hingga 2011, sebagai mewakili komuniti perfileman serta menjadi pelakon filem yang pertama mendapat status itu.
Selain itu, Allahyarham yang dilahirkan di Taiping, Perak, turut dianugerahkan gelaran Seniman Negara oleh kerajaan pada 2009 atas sumbangannya pada kemajuan industri filem negara.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Halijah Abdullah dan tiga anak iaitu Putera Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Jins Shamsuddin
#legenda
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan