awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah atas pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

Bernama
Bernama
26/01/2024
12:24 MYT
PM ucap tahniah atas pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak
Anwar turut mendoakan agar pengalaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli Parlimen Santubong itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar pengalaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli Parlimen Santubong itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
"Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak," kata beliau.
Wan Junaidi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014.
Pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ucapan tahniah
#rakyat Sarawak
#pengalaman panjang
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan