awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah tiga saintis Malaysia menangi anugerah berprestij

Bernama
Bernama
22/11/2017
03:49 MYT
PM ucap tahniah tiga saintis Malaysia menangi anugerah berprestij
'Teruskan usaha yang cemerlang. Tahniah!,' ucap Najib kepada tiga saintis penerima anugerah ASEAN Outstanding Scientist and Technologist di Myanmar. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada tiga saintis Malaysia yang memenangi anugerah berprestij bersempena Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Ke-17 mengenai Sains dan Teknologi di Myanmar, bulan lepas.
"Rasa amat bangga dengan pengiktirafan Dr Hafizal Mohamad, Dr Leong Wai Yie dan Prof Chong Mei Fong diterima pada Majlis Anugerah Sains dan Teknologi di Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Ke-17 di Myanmar. Teruskan usaha yang cemerlang. Tahniah!," kata beliau dalam catatan di akaun Twitternya, hari ini.
Am very proud of the recognition Dr Hafizal Mohamad, Dr Leong Wai Yie and Prof Chong Mei Fong received at the Science and Technology Awards Ceremony of the 17th Asean Ministerial Meeting on Science and Technology in Myanmar. Keep up the outstanding work. Congratulations!
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 21, 2017
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Dr Hafizal daripada Institut Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS) menerima anugerah ASEAN Outstanding Scientist and Technologist, iaitu sebuah piala dan wang tunai US$10,000 (RM41,800), sementara Leong daripada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman menerima anugerah ASEAN Meritorious Service, yang menawarkan jumlah hadiah yang sama.
Laporan itu juga menyatakan Prof Chong yang merupakan penyelidik di Nottingham University (Kampus Malaysia) mendapat tempat kedua anugerah ASEAN-US Prize for Women dan membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 (RM20,900).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#ASEAN Outstanding Scientist and Technologist
#Chong Mei Fong
#Hafizal Mohamad
#Leong Wai Yie
#Majlis Anugerah Sains dan Teknologi
#menteri
#Myanmar
#Najib Razak
#saintis
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan