KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan satu kehilangan besar bagi negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pemergian mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia - Thailand awal pagi Selasa.
Menurut Muhyiddin, beliau dukacita kerana mendiang terkorban akibat terkena tembakan ketika bertugas dalam Op Benteng.
Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Dalam masa sama, Muhyiddin menzahirkan kesedihan beliau apabila seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Norihan a/l Tari yang bertugas bersama mendiang Baharuddin cedera terkena tembakan di bahagian perut.
"Mendiang Koperal Baharuddin dan Koperal Norihan adalah petugas barisan hadapan yang bertugas mengawal sempadan negara daripada dicerobohi khususnya ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
"Saya berharap ahli keluarga mendiang bersabar dengan ujian ini dan berdoa supaya Koperal Norihan cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Muhyiddin, kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan mendiang dan Norihan serta semua petugas barisan hadapan negara yang berkhidmat dengan penuh semangat dan dedikasi.
"Saya mendoakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah SWT," katanya.
Susulan kejadian jam 3.10 pagi tadi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk proses bedah siasat sementara mangsa yang cedera pula sedang menerima rawatan di hospital yang sama dengan keadaannya dilaporkan kritikal.
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA: Kes tembak anggota PGA di sempadan: 6 anggota sindiket penyeludupan ditahan
Astro Awani
Tue Nov 24 2020

Menurut Muhyiddin, kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan mendiang Baharuddin Ramli dan Norihan serta semua petugas barisan hadapan negara yang berkhidmat dengan penuh semangat dan dedikasi. - Gambar fail

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import
Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Banjir | Perkembangan banjir di Sabah
Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah yang dilihat makin pulih apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir semakin menurun tengah hari ini. Untuk perkembangannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI di Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Politik Rusia | Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari
Mahkamah Rusia memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari ini. Keputusan itu dianggap pengkritik sebagai sudah diatur lebih awal selepas ditahan sebaik berada di Rusia.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam
Talian telefon dan aplikasi WhatsApp bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan digodam individu tidak bertanggungjawab.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

PKP 2.0: Industri perhotelan Negeri Sembilan dijangka rugi RM10 juta
Para Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak minggu lalu.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Bursa Malaysia pulih dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 27 juta penduduk Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 tahun depan - PM
Hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Pemimpin Melayu perlu lupakan perbalahan politik - Syed Ali
Sudah sampai masanya pemimpin politik yang mewakili kelompok Melayu 'duduk semeja' mencari jalan untuk memperbaiki keretakan perpaduan kaum sendiri.

Darurat: Kerajaan guna nama YDP Agong, elak keputusan dicabar - Tun M
Tun M berkata, penambahan kuasa kepada Perdana Menteri tidak semestinya beri jaminan wabak COVID-19 boleh dikawal sepenuhnya di negara ini.

Hukum ambil vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.

PERMAI: RM15 bilion peruntukan untuk rakyat! Ini antara berita gembira diumum Muhyiddin
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pakej Bantuan Khas secara langsung, hari ini.

PERMAI: Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan
Lanjutan pengecualian cukai itu adalah bagi merancakkan semula jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.