awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Audit penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tertangguh 18 tahun
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum pelaksanaan Penilaian Darjah 4, prasekolah mulai usia 5 tahun

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/01/2026
05:50 MYT
PM umum pelaksanaan Penilaian Darjah 4, prasekolah mulai usia 5 tahun
Anwar (tengah) umum pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.
  • Inisiatif ini diperkenalkan melalui pelancaran Rancangan Pendidikan Negara yang menekankan penilaian awal bagi mengenal pasti dan menangani tahap penguasaan murid lebih awal.
  • Perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak juga diumumkan, di mana pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata, inisiatif itu diperkenal menerusi pelancaran Rancangan Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada penilaian awal bagi memastikan tahap penguasaan murid dapat dikenal pasti dan ditangani lebih awal.
“Kenapa nak tunggu Darjah 6 kalau kita boleh mulakan di Darjah 4.
“Tumpuan matriks pembelajaran Malaysia adalah kepada empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” katanya dalam ucapan pelancaran, pada Selasa.
Bagi Tingkatan 3, penilaian akan memfokuskan kepada subjek yang sama dengan penambahan subjek Sejarah.
Beliau turut mengumumkan perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak, dengan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia 5 tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.
Langkah itu, katanya, bertujuan memastikan persediaan murid yang lebih kukuh sebelum melangkah ke peringkat pendidikan formal, selaras aspirasi negara untuk melahirkan generasi berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.
“Kita beri kelonggaran untuk ibu bapa (mulakan prasekolah pada usia 6 tahun), tapi kita galakkan bermula di usia 5 tahun,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bermula tahun ini, semua sekolah rendah dan menengah akan dilengkapi dengan kemudahan sebaik mungkin bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam mata pelajaran teras.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan sistem penilaian murid sekolah rendah? A: Beliau mengumumkan pelaksanaan semula sistem penilaian pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.
  • Q: Mengapakah pentingnya penekanan kepada penilaian awal dalam Rancangan Pendidikan Negara? A: Penekanan kepada penilaian awal bertujuan untuk mengenal pasti dan menangani tahap penguasaan murid lebih awal.
  • Q: Apa perubahan penting yang diumumkan berkenaan struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak? A: Pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penilaian Darjah 4
#kualiti pendidikan negara
#pendidikan prasekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan