TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bertemu ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.
Sahabat beliau, Jang Nong Chik, yang merupakan Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Bera dan Ketua UMNO Cawangan Perumahan Awam Kos Rendah Padang Luas, Bera dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kerana pelbagai masalah kesihatan.
Perdana Menteri tidak bertemu Jang kerana pesakit ICU dilarang menerima pelawat.
Beliau sebaliknya bertemu anak lelaki Jang, Ahmad Ridzuan, dan beberapa ahli keluarga yang lain di bilik mesyuarat hospital itu.
"Saya dimaklumkan Jang semakin pulih namun masih di ICU. Saya difahamkan jantung, paru-parunya agak stabil.
"Saya doakan Jang terus stabil. Kalau boleh, pulih seperti sedia kala dan boleh pulang ke rumah," katanya.
Ismail Sabri berkata biasanya apabila beliau pulang melawat kawasan Parlimen di Bera, Jang akan datang bertemu dengannya di rumah.
"Tiga minggu lepas ketika saya pulang ke Bera, Jang datang ke rumah saya. Saya rapat dengan Jang sejak awal 1990-an lagi," katanya.
Sebelum meninggalkan hospital, beliau turut beramah mesra dengan seorang pesakit asma, Yahya Kadir, 69, dari Felda Purun Bera yang baru didiscaj dari wad dan menunggu di atas kerusi roda untuk dijemput pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (depan, kiri) berbual bersama orang awam Azni Yahya (depan, tengah) dan bapanya Yahya Kadir (duduk) yang dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah selama 12 hari. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.