awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?

Marlina Manaf
Marlina Manaf
15/07/2015
07:12 MYT
PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?
Skandal rasuah berkenaan didakwa berlaku ketika tempoh pentadbiran Dr Mahathir (gambar) dan Abdullah, tetapi Dr Mahathir tidak dikaitkan langsung dalam laporan media Australia terbabit.
Dalam menafikan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah seperti dilapor dua media Australia, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menegaskan salah laku itu berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan itu dibuat menerusi laman Facebook rasminya.
Menurut kenyataan tersebut, skandal rasuah berkenaan didakwa berlaku sepanjang tempoh 1999 hingga 2004, iaitu ketika tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir.
Namun, PMO mempersoalkan mengapa akhbar berkenaan memilih untuk langsung tidak menyebut atau mengaitkan Dr Mahathir.
Sebaliknya, laporan itu memberi bayangan Najib terlibat secara langsung dengan salah laku rasuah biarpun beliau ketika itu belum memimpin kerajaan.
Tajuk artikel dan gambar yang diterbitkan juga seolah-olah cuba mencemar imej Perdana Menteri.
Akhbar The Age dan Sydney Morning Herald dalam laporan mereka mendakwa Malaysia menyekat permohonan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal rasuah yang mungkin melibatkan Perdana Menteri.
Permohonan rasmi itu yang dikatakan dibuat menerusi Jabatan Peguam Negara Komanwel bagaimanapun didakwa tidak diendahkan pihak berkuasa Malaysia.
Skandal itu melibatkan kontrak mengeluarkan wang kertas polimer.
Selain Najib, laporan media Australia itu turut mengaitkan Abdullah.
Topic Berkaitan
#Abdullah Badawi
#Dr Mahathir
#Najib Razak
#PMO
#Rasuah
#Sydney Morning Herald
#The Age
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan