1) Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama Naib Canselor dan TNC HEP pada isnin yang lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, PMUM sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.
2) Kami dimaklumkan hari esok kesemua mangsa UM8 akan pergi menghantar surat rayuan kepada Naib Canselor menuntut agar hukuman itu digugurkan dengan segera.
3) PMUM berharap agar intipati rayuan tersebut dapat dipenuhi agar memberikan keadilan buat kesemua mangsa UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta. Jika didalam pertemuan saya bersama Naib Canselor beliau seringkali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka.
4) Umum mengetahui keputusan yang telah dijatuhkan tersebut langsung tidak adil dan tidak perikemanusian. Rakan-rakan kami yang telah mengikuti pengajian selama 13 minggu dan hanya berbaki 1 minggu sahaja untuk menghabiskan pengajian semester ini tidak dapat dilakukan selepas hukuman tersebut berkuatkuasa serta-merta pada semester ini.
5) Kami percaya dengan semangat juang yang tinggi yang mereka miliki, ini tidak akan mematahkan semangat mereka dan PMUM komited bersolidariti bersama rakan UM8 atas dasar kesedaran dan bukan semangat individu atau kepartian. Kami akan terus membantu dan memperjuangkan mana-mana mahasiswa yang ditindas oleh mana-mana pihak.
6) Maka, sebagai tanda solidariti dan sokongan buat mereka saya menyeru kesemua mahasiswa/i untuk hadir beramai-ramai ke bangunan Canseleri pada hari esok (Jumaat) jam 10.30 pagi mengiringi kesemua mangsa UM8 menghantar surat rayuan tersebut.
#Solidariti4UM8
----------------------------------------------------
Mohd Ammar Bin Atan ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15
Media Statement
Thu Dec 18 2014
PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis
17 orang termasuk tiga wanita ditahan pihak berkuasa pada 10.30 malam selepas bersemuka dengan Ketua Polis Sentul, ACP R. Munusamy.
PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya akan sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8 setelah gagal mencapai kata putus.
'Occupy UM8' berakhir, kes mungkin dibawa ke mahkamah
Protes duduk bantah Occupy UM8 yang berlangsung selama enam hari kini berakhir petang tadi di Bangunan Canseleri Universiti Malaya (UM).
PMUM, pensyarah beri solidariti penuh kepada UM8
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 2014/2015 menyatakan sokongan penuh terhadap lapan mahasiswa (UM8) yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan pada 27 Oktober.
Demonstrasi bukan simbol gerakan persatuan mahasiswa - Saifuddin
Masyarakat perlu melihat idealisme pelajar dan gerakan pelajar yang ditubuhkan di Malaysia ini bukan bertujuan untuk demonstrasi.