IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan terdapat Exco kerajaan negeri dalam kalangan gabungan itu yang mahu mensabotaj kerajaan negeri seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, dakwaan exco PN mensabotaj usaha kerajaan negeri menangani COVID-19 di Perak langsung tidak berasas kerana setiap minggu taklimat diberikan kepada semua Exco berkaitan pandemik tersebut.
Menurutnya, segala urusan berkaitan COVID-19 dikendalikan terus oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
"Tidak berlaku dakwaan kata Exco PN sabotaj. Sabotaj itu seperti tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi PN Perak tidak buat seperti itu.
"Sebenarnya dia (Muhamad Arafat) yang sabotaj usaha kerajaan untuk galakkan rakyat ambil vaksin. Sebagai ADUN dia telah menunjukkan contoh yang tak sesuai dengan usaha kerajaan tangani pandemik COVID-19," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, semua Exco kerajaan negeri tidak digalakkan hadir beramai-ramai dalam program di dalam tempoh pandemik.
Katanya, adalah tidak sesuai untuk sentiasa mengiringi menteri besar pada setiap program turun padang.
"Saya sendiri buat banyak program outreach pemberian vaksin di kawasan. Ini pun membantu menteri besar dan kerajaan negeri menangani pandemik COVID-19.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Aug 29 2021
Zainol Fadzi berkata, semua Exco kerajaan negeri tidak digalakkan hadir beramai-ramai dalam program di dalam tempoh pandemik. - Foto Facebook Zainol Fadzi
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
PN Perak nafi ada usaha tukar kerajaan
Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan terdapat usaha untuk menukar kerajaan negeri sedia seperti yang dihebahkan.
Perak jamin penjaja, peniaga dapat tapak bazar Ramadan - Exco
Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan semua peniaga dan penjaja akan diberikan tapak bazar Ramadan bagi menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.
PN Perak nafi ada Exco sabotaj
Dakwaan itu langsung tidak berasas kerana setiap minggu taklimat diberikan kepada semua Exco berkaitan pandemik, kata Zainol Fadzi.
Lapan ahli keluarga Exco Perak Zainol Fadzi positif COVID-19
Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan minggu lalu bagaimanapun mendapati beliau negatif COVID-19.
Zainol Fadzi tidak berminat untuk kembali terajui PAFA
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak berminat untuk kembali menerajui persatuan yang pernah diterajuinya selama lima tahun.
Pemilihan Bersatu: Langkah 'refresh' semula parti - Zainol Fadzi
Pemilihan semua barisan jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya di Perak, disifatkan sebagai proses untuk menyerahkan semula mandat kepada ahli untuk memilih secara telus.
Desas-desus jadi MB Perak karut - ADUN Sungai Manik
ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menyifatkan desas desus kononnya beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baharu, sebagai karut.
'Ini semua sampah' - Kor Ming berang lagakan DAP dengan MB Perak
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berang tentang mesej tular mengatakan parti itu bakal mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak.
Zainol, Nolee nafi kembali kepada UMNO
Katanya, tidak ada langsung perbincangan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai perkara itu, malah dakwaan kononnya beliau mengadap Sultan Perak, juga tidak benar.