KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sedia memainkan peranannya sebagai pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia, untuk kemaslahatan negara.
Ketua Penerangan Pas Khairil Nizam Khirudin memaklumkan, ketika ini PN dalam usaha menyusun ‘kabinet bayangan’ dengan kepakaran yang mereka miliki sebagai semak dan imbang serta sokongan kepada kerajaan perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
Beliau optimis kerjasama antara kerajaan dan pembangkang boleh terjalin sepertimana sebelum ini untuk bersama menyelesaikan masalah negara dan mengangkat Malaysia kembali ke persada dunia.
“Kita dalam usaha menyusun ‘kabinet bayangan’ atau kepakaran melalui kementerian-kementerian. Apatah lagi, kita pernah memimpin sebelum ini di bawah kerajaan PN dan kerajaan Keluarga Malaysia.
“Saya yakin ‘template’ yang sama juga akan dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kita mewujudkan satu kekuatan yang ampuh,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Kata Khairil, selain sokongan kepada kabinet, pembangkang juga boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda transformasi Parlimen.
“Kalau ditakdirkan ada badan-badan atau jawatankuasa-jawatankuasa yang diperlukan untuk pembangkang menjadi ketuanya, mengapa tidak?
"Sebelum ini pun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kita berikan kepada DAP untuk mengetuainya.
“Sewajarnya, segala fasiliti dan prasarana untuk memastikan kita dapat mencapai sasaran yang ditetapkan kepada setiap jawatankuasa tersebut maka perkara itu akan diperkasakan oleh pihak kerajaan khususnya di bawah Jabatan Perdana Menteri.”
Israr Khalid
Wed Nov 30 2022

KHAIRIL: Pembangkang juga boleh main peranan penting dalam agenda transformasi Parlimen. - Foto Faceboook Ir Ts Khairil Nizam

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

WEF2023: Perlu wujudkan pusat sehenti pemudah cara pelabur - Tengku Zafrul
Ia perlu dilakukan dengan kerjasama antara kementerian untuk mewujudkan ekosistem yang memberi keselesaan berurusniaga.

WEF2023: Model ekonomi berasaskan KDNK mungkin sudah tak relevan - Dr Jemilah Mahmood
Kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesejahteraan rakyatnya, bukan berapa banyak perolehan kewangannya semata-mata.

Tidak kisah dilabel 'Menteri Tandas', janji khidmat berkualiti - Nga Kor Ming
Tandas awam adalah cerminan kemajuan sesebuah negara, imej awal Malaysia kepada pelancong.

Sabah perlu kembali fokus, manfaatkan pembangunan Nusantara - Azri Ibrahim
Perkembangan terbaharu di Kalimantan di mana Indonesia sedang membangunkan ibu negara baharunya Nusantara harus diteroka.

PAU2022: Untuk kembali harmoni, serahkan keputusan kepada akar umbi - Bastien Onn
Bastien Onn yakin proses demokrasi sahaja yang dapat menyatukan dua pihak yang berbeza pendapat dalam parti itu ketika ini.

PAU2022: Jawatan Presiden, Timb Presiden perlu dipertandingkan - Ketua Pemuda UMNO Subang
UMNO perlu tunjuk kepada rakyat bahawa mereka benar-benar mahu berubah dengan tidak takut untuk berdepan pertukaran pucuk pimpinan.

Isu pengangkutan awam: Anthony Loke jamin respons lebih cepat
Beliau mahu rasa kebertanggungjawaban wujud pada setiap peringkat supaya segala permasalahan ditangani dengan lebih efisyen.

Kerap turun padang untuk terap budaya kebertanggungjawaban - Anthony Loke
Sebagai menteri, harus tunjuk teladan baik supaya segala permasalahan rakyat diberi respons dan tindakan segera.

"Inilah Masanya" rancakkan pelancongan domestik
"Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia" menjadi cogan kata kempen terbaharu Tourism Malaysia untuk galak pelancongan dalam negara.

Agenda pengurangan risiko bencana perlu diterap dalam perancangan pembangunan
Pengabaian kesan pembangunan kepada alam jadi punca bencana apabila keseimbangannya dirosakkan.