awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNM laksana empat inisiatif dalam pelan transformasi

Bernama
Bernama
09/12/2016
15:23 MYT
PNM laksana empat inisiatif dalam pelan transformasi
PNM akan melaksanakan transformasi membabitkan pelaksanaan empat inisiatif utama bagi memperkasakan peranannya dalam persekitaran digital. - Gambar PNM
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melaksanakan transformasi membabitkan pelaksanaan empat inisiatif utama bagi memperkasakan peranan badan itu dalam persekitaran digital.
Ketua Pengarahnya, Nafisah Ahmad berkata antara transformasi yang akan dilakukan ialah dengan memperluas capaian maklumat kepada semua golongan rakyat, termasuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital.
Katanya, PNM juga akan memperlengkap serta menaiktaraf sebanyak 511 perpustakaan desa dan perpustakaan komuniti di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatan pencapaian secara dalam talian dan fizikal, yang boleh dimiliki dan diurus oleh komuniti itu sendiri.
"Pelan transformasi itu selari dengan visi PNM untuk menjadi perpustakaan bertaraf dunia menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun PNM ke-50 di sini, hari ini.
Katanya, PNM juga berkolaborasi dengan beberapa agensi swasta dan badan-badan bukan kerajaan antaranya Exxonmobil Malaysia Sdn Bhd dan Samsung untuk menyediakan 'smart net', iaitu zon interaktif, di mana orang ramai boleh menggunakan peranti elektronik untuk membaca dan belajar.
"Akhir sekali, kita akan terus memantapkan tadbir urus (modal insan) yang berkompentasi, berintegriti tinggi untuk memberi perkhidmatan lebih mesra kepada rakyat bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju dengan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama dan berilmu serta berpengetahuan tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#digital
#PNM
#transformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan