Skip to main content

Sukan

Perlis bakal miliki litar permotoran - Menteri Besar

Litar permotoran_Unsplash
Litar permotoran yang dicadangkan dibangunkan di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA), bernilai RM20 juta bakal menjadi tarikan baharu pelancong khususnya buat peminat sukan permotoran ke negeri Perlis. - Gambar hiasan
Advertisement

PADANG BESAR: Litar permotoran yang dicadangkan dibangunkan di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA), bernilai RM20 juta bakal menjadi tarikan baharu pelancong khususnya buat peminat sukan permotoran ke negeri Perlis.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pembangunan litar sepanjang 1.3 kilometer itu akan memberi impak positif buat negeri ini bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi malah turut mengukuhkan lagi sektor pelancongan.

Beliau berkata, litar yang bakal dibina itu bukan sahaja akan menjadi contoh buat negara jiran malah juga di peringka Asia.

Menurut Abu Bakar, tujuan pembangunan itu, majlis pecah tanah telah dirancang pada 15 September.

Kata beliau, pembinaan litar akan memberikan impak ekonomi khususnya dalam aspek pelancongan yang berpotensi menarik ramai pengunjur luar ke negeri Perlis.

"(Projek pembangunan litar permotoran)... ini satu impak ekonomi selain daripada pembangunan kita juga nak tengok ini juga selain daripada impak ekonomi dari segi perlancongan juga sebab ia melibatkan perserta-perserta daripada luar negara bakal tarik seberapa ramai peminat-peminat bidang sukan permotoran," kata Abu Bakar.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis itu mengadakan lawatan bagi meninjau tapak pembinaan litar tersebut pada petang Rabu.

Abu Bakar berkata, pembinaan litar itu sememangnya bakal merancakkan lagi sektor pelancongan sempadan dengan kemasukan pengunjung dari Thailand ke negeri ini.

Kata beliau lagil, selain pembinaan litar berkenaan, kerajaan negeri juga mensasarkan untuk mencari pelabur berpotensi bagi membangunkan hotel bertaraf lima bintang di negeri ini.

Tambahnya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan mengadakan libat urus dengan kerajaan negara Brunei atau Thailand bagi mewujudkan konsep bandar berkembar dan pelancongan sempadan.

Must Watch Video

Advertisement