awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang hempap rumah, warga emas patah kaki

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/12/2021
00:45 MYT
Pokok tumbang hempap rumah, warga emas patah kaki
Warga emas yang diselamatkan anggota bomba diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Perak
BATU GAJAH: Seorang wanita warga emas patah kaki selepas sebahagian rumah dihempap pokok tumbang di Kampung Ara Payung, dekat sini, awal pagi ini.
Wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu turut mengalami beberapa kecederaan lain.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.36 pagi.
“Sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah di bahagian bilik menyebabkan kemusnahan sekitar 30 peratus.
“Akibat dari pokok tumbang tersebut, seorang wanita Melayu berusia dalam lingkungan 60-an mengalami kecederaan dan patah kaki,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut jurucakap itu, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#rumah dihempap pokok
#Pokok tumbang
#warga emas
#patah kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan