awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polemik 3R wujud dalam setiap kaum, bukan hanya Melayu

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
00:00 MYT
Polemik 3R wujud dalam setiap kaum, bukan hanya Melayu
Salah faham yang berlaku dalam polemik 3R dilihat lebih berat dan terarah kepada kaum Melayu atau parti politik Melayu, sedangkan ia disifatkan wujud dalam setiap kumpulan kaum di negara ini, kata Shamsul Amri Baharuddin. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Salah faham yang berlaku dalam polemik 3R (agama, kaum dan institusi raja) dilihat lebih berat dan terarah kepada kaum Melayu atau parti politik Melayu, sedangkan ia disifatkan wujud dalam setiap kumpulan kaum di negara ini.
Felo Akademi Sains Malaysia Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, sentimen 3R dalam politik atau disebut 'identiti politik' wujud apabila kebanyakan parti politik mendakwa mereka mewakili suara dan perjuangkan setiap daripada kumpulan etnik yang ada.
“Sebab itu 3R ini dijadikan permainan sesetengah pihak bagi mengaburi perkara asas dan menjurus kepada satu kategori etnik sahaja, sedangkan ia wujud dalam setiap kumpulan kaum dan bukan hanya Melayu.
"Kategori ini sudah jadi seperti hal peribadi, dengan gelaran Melayu tetapi tidak tanya (sama ada etnik) Jawa atau sebagainya," katanya dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Penyebaran ideologi asing: Lunturkah semangat patriotisme?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Turut diundang sebagai panelis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Zahrin Aris.
Shamsul Amri berkata, isu 3R kini semakin sukar untuk dijelaskan ekoran setiap kaum digambarkan dengan pelbagai ciri-ciri tertentu yang melibatkan beberapa bidang antaranya agama dan ekonomi.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Salah faham yang berlaku dalam polemik 3R (agama, kaum dan institusi raja) dilihat lebih berat dan terarah kepada kaum Melayu atau parti politik Melayu, sedangkan ia disifatkan wujud dalam setiap kumpulan kaum di negara ini.
Felo Akademi Sains Malaysia Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, sentimen 3R dalam politik atau disebut 'identiti politik' wujud apabila kebanyakan parti politik mendakwa mereka mewakili suara dan perjuangkan setiap daripada kumpulan etnik yang ada.
“Sebab itu 3R ini dijadikan permainan sesetengah pihak bagi mengaburi perkara asas dan menjurus kepada satu kategori etnik sahaja, sedangkan ia wujud dalam setiap kumpulan kaum dan bukan hanya Melayu.
"Kategori ini sudah jadi seperti hal peribadi, dengan gelaran Melayu tetapi tidak tanya (sama ada etnik) Jawa atau sebagainya," katanya dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Penyebaran ideologi asing: Lunturkah semangat patriotisme?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Turut diundang sebagai panelis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Zahrin Aris.
Shamsul Amri berkata, isu 3R kini semakin sukar untuk dijelaskan ekoran setiap kaum digambarkan dengan pelbagai ciri-ciri tertentu yang melibatkan beberapa bidang antaranya agama dan ekonomi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polemik 3R
#parti politik
#identiti politik
#Shamsul Amri Baharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan