awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/11/2023
05:20 MYT
Poligami  bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru
Terdahulu, Tze Tzin dalam entri di laman X mendakwa ajaran Pas tidak membenarkan penganjuran konsert seperti Coldpay, tetapi 'mengizinkan' hal berkaitan poligami - Foto fail/AWANI
KUALA LUMPUR: Pas menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebagai biadab kerana mendakwa poligami adalah ajaran parti Islam itu.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara tersebut dibenarkan oleh syarak dan Islam, dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
Jelas beliau lagi, apa yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat semalam bukan isu poligami tetapi peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, antaranya individu yang lambat berkahwin.
"Saya sebut poligami dan ini tidak ada kena mengena dengan isu jumlah yang tak kahwin. Isu poligami seolah-olah ia satu jenayah. Padahal poligami ini dibenarkan oleh syarak dan dalam Islam, ini bukan isu ajaran Pas.
"Beliau (Tze Tzin) ini banyak kali campur tangan dalam urusan melibatkan agama. Saya harap pihak keselamatan kena ambil tindakan. Jangan biarkan orang macam ini membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan orang Islam. Ini bukan soal Pas... ini peraturan agama," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Khamis.
Terdahulu, Tze Tzin dalam entri di laman X mendakwa ajaran Pas tidak membenarkan penganjuran konsert seperti Coldpay, tetapi 'mengizinkan' hal berkaitan poligami.
Bagaimanapun, ahli Parlimen daripada PKR itu telah memadamkan kenyataan yang dimuat naiknya.
Semalam, Tuan Ibrahim ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Tze Tzin didakwa telah menimbulkan suasana yang tidak selesa dalam kalangan orang Islam.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, tiada sebab untuk beliau mengemukakan permohonan maaf, seperti yang didesak oleh segelintir Ahli Parlimen DAP.
"Saya fikir sudah jelaskan di dewan semalam, nak minta maaf apa? Apa salahnya? Tiada isu pun. Beliau (Ahli Parlimen DAP) masa saya bahas, tak ada dalam dewan pun.
"Jadi dia tak boleh bagi komen sebab tak dengar dan jawapan menteri (Datuk Seri Nancy Shukri) selepas saya jelaskan semalam, dia pun mengulangi fakta yang saya sebut. Jadi tak ada isu pun," katanya lagi.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#poligami
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan