JOHOR BAHRU: Projek pembinaan poliklinik dan tempat letak kenderaan bertingkat baharu yang akan dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dijangka akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna hospital tersebut.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu, merupakan antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari, menyebabkan keadaannya menjadi padat serta sesak.
"Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan RM500 juta untuk menaik taraf HSA.
"Terima kasih perdana menteri atas kelulusan ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, petang semalam.
Semalam, Anwar bersama-sama Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Onn Hafiz, mengadakan lawatan ke HSA dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur hospital berkenaan.
Perdana Menteri berkata bagi fasa pertama projek itu, pembinaan parkir bertingkat akan dilaksanakan segera dengan proses pembinaan mesti dilakukan bermula tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Anwar bersama Dr Zaliha Mustafa dan Onn Hafiz mengadakan lawatan ke HSA dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur hospital berkenaan. -Facebook Onn Hafiz
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor
Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Istana Besar, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65.
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Singtel nyata kesediaan bangunkan kampus pusat data di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengadakan sesi perjumpaan dan lawatan ke Singtel yang merupakan salah satu daripada empat syarikat telekomunikasi utama di Singapura.
Tinjau CIQ BSI, KSAB secara kerap bukan cari kesalahan sesiapa - MB Johor
Masalah di CIQ bukanlah sesuatu yang berlaku dalam satu atau dua tahun lepas, tetapi telah menjadi 'warisan'.
Johor sasar pertumbuhan ekonomi pada 4.1-5.0 peratus tahun ini - MB
Pertumbuhan KDNK bagi Johor pada tahun lepas dianggarkan 6.5 peratus hingga 7.1 peratus yang juga antara angka tertinggi di Malaysia.
Johor-Singapura setuju teliti pelbagai kaedah tingkat kesalinghubungan - Onn Hafiz
Onn Hafiz ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula Ahad (12 Februari).
Perarakan Chingay 2023 di Johor diadakan secara besar-besaran
Kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 kepada Persatuan Tiong Hua Johor bagi penganjuran festival tahunan itu.