awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beri penjelasan isu tular lelaki tidak puas hati ketika ditahan

Bernama
Bernama
15/05/2022
15:47 MYT
Polis beri penjelasan isu tular lelaki tidak puas hati ketika ditahan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dengan jelas menyatakan perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pegawai polis boleh menghentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dengan jelas menyatakan perkara itu.
"Selain itu, Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959 menyatakan bahawa mana-mana pegawai polis semasa menjalankan tugas diberi kuasa secara bertulis boleh memeriksa kad pengenalan mana-mana orang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas video tular seorang lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan.
Rupiah berkata anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah telah menahan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Hyundai Elentra pada 5.50 petang semalam dan individu itu dibawa ke balai untuk pemeriksaan lanjut namun dibebaskan sejurus selesai pemeriksaan.
Justeru, beliau menggesa orang ramai agar berhati-hati dan berhemah ketika memberi komen atau menularkan cerita tanpa kesahihan di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tular
#Johor Bahru
#media sosial
#video tular
#Polis Daerah Johor Bahru Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan