awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Kelahiran Puteri Diraja Brunei dirai dengan 17 das tembakan meriam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas lelaki dipercayai cuba larikan remaja perempuan di hadapan sekolah

Bernama
Bernama
28/11/2021
11:27 MYT
Polis berkas lelaki dipercayai cuba larikan remaja perempuan di hadapan sekolah
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu berusia 35 tahun itu ditahan di Senawang, di Negeri Sembilan pada pukul 8.53 malam. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis malam tadi berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian Khamis lepas di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya di sini.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu berusia 35 tahun itu ditahan di Senawang, di Negeri Sembilan pada pukul 8.53 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D8 dan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
"Hasil semakan rekod lampau mendapati individu ini mempunyai satu rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan berkaitan culik.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.50 pagi 25 Nov lepas, remaja terbabit yang baru turun daripada van sekolah telah dipanggil oleh seorang lelaki memandu kereta Perodua Kancil yang tidak dikenalinya.
Individu itu memintanya untuk menghantar satu borang kepada sekolah sebelum remaja itu ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari kira-kira 400 meter daripada lokasi kejadian, bagaimanapun pelajar terbabit berjaya melepaskan diri serta meminta bantuan daripada orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larikan pelajar
#Taman Molek
#Johor Jaya
#pelajar perempuan
#ketua polis johor
#ayob khan mydin pitchay
#Senawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan