KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppee yang didakwa menipu pengguna membabitkan kerugian bernilai lebih RM1 juta.
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Datuk Rohaimi Md Isa berkata siasatan awal mendapati syarikat iu mempromosikan platformnya untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.
"Individu yang berminat dikehendaki mendaftar dan membeli pakej ditawarkan serendah RM50 hingga RM13,700 dan melakukan tugasan yang diberikan.
"Nilai komisen yang diterima adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai. Pada akhir bulan lalu, syarikat berkenaan dikesan menawarkan 'cashback' sebanyak 80 peratus bagi setiap penambahan wang ke dalam akaun Snuppee," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rohaimi berkata, tertarik dengan tawaran diberikan, ramai pengguna membuat pindahan wang kepada syarikat tersebut, namun pada 29 Jan lalu syarikat tersebut mengeluarkan notis mendakwa telah muflis dan menutup semua operasi mereka.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menggesa mana-mana individu yang telah menjadi mangsa skim penipuan itui untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
"PDRM komited dalam memastikan siasatan terhadap skim penipuan ini dilaksanakan dengan sewajarnya selaras peruntukan undang-undang agar penjenayah yang terlibat dapat ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Rohaimi berkata siasatan awal mendapati syarikat iu mempromosikan platformnya untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian. - Gambar fail/Bernama
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Polis buka 54 kertas siasatan berkaitan penipuan Snuppee Mall
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppee yang didakwa menipu pengguna membabitkan kerugian bernilai lebih RM1 juta.