RAWANG: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan yang sedang bergerak seperti tular di media sosial pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.
"Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai perempuan tercampak dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi sewaktu kenderaan itu sedang membuat pusingan U.
Mengulas lanjut, Zainal Mohamed berkata, kejadian dikenal pasti berlaku di Jalan Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang.
"Dalam kejadian tersebut, kereta yang dinaiki oleh mangsa telah membuat pusingan U di simpang lampu isyarat, kawasan Green Valley, Jalan Tasik Puteri Rawang hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki.
"Seorang lelaki telah membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan dan kemudian diserahkan kepada seorang wanita perempuan dipercayai ibu mangsa," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022

Kejadian dikenal pasti berlaku di Jalan Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang. - Gambar/ Media sosial

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Cerita Sebalik Berita: Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia
Aktivis dan Artis Orang Asli, Shaq Koyok bercerita mengenai Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.
![[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti [TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981836/thumbnails/21620390201660037911287_640x360.jpg)
[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.

Faizal Saari sertai kelab Belanda
Faizal Saari bakal berentap di liga utama Belanda tersebut selama 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan.

11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Penahanan dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan pada 27 Julai lalu.

Pergaduhan tular di Kuala Ibai, 8 lelaki dihadap ke mahkamah
Kesemua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di hadapan sebuah restoran di Kuala Ibai pada 8.15 malam, 28 Julai lepas.

Tular premis judi dalam talian, polis tahan tiga lelaki di Tanjung Piandang
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan dalam dua serbuan, semalam.

Serang penguat kuasa dekat Jambatan Angkat Terengganu, 2 lelaki ditahan polis
Ketika kejadian mangsa berusia 36 tahun sedang melakukan rondaan rasmi sebelum mengesan sekumpulan peniaga tidak berlesen.

Tular: Penunggang motosikal maut diseret kereta
Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar di sini, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Jaket tersangkut tayar motosikal, anggota tentera parah tangan hancur
Seorang anggota tentera cedera parah apabila tangan kirinya hampir putus selepas termasuk ke dalam rim motosikal yang dinaiki bersama rakan dalam kemalangan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.

Pelajar Tingkatan Satu ditahan paksa kanak-kanak laku seks oral
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 13 tahun itu ditahan di rumahnya di Gurun, pada Isnin.

Dua lelaki ditahan bantu siasat kes dua jengkaut terbakar
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes video tular dua jengkaut terbakar di tapak projek pemasangan paip gas di tepi Jalan Sri Cheeding di sini, pada Selasa.

Insiden tular di Linkedua, Polis Johor dapat bantuan Polis Singapura kesan 2 suspek
Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, identiti kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang juga warga Singapura sudah dikenal pasti.

Kecoh di Linkedua, wanita cabut nombor plat, tahan MPV daripada bergerak
Sebuah video memaparkan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kereta, menahannya daripada bergerak tular di media sosial, hari ini.