Skip to main content

Malaysia

Polis buka kertas siasatan video lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan

Bodohnya jadi ayah . Walaupun tengah marah sekalipun, janganlah lepaskan geram dekat anak macam tu. Anak tu manusia, ada hati dan ada sakitnya. Kena terajang tu memang sakit weiii. kredit: Threads _aalifzulfaqar
Video kejadian yang tular di media sosial.
Advertisement

KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.24 malam tadi berhubung video itu yang tular di aplikasi Threads.

“Video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.

“Polis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Mohd Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement