awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JLKN tambah baik sistem, pastikan isu kesesakan tidak berulang
KPKM teroka peluang pasaran baharu di AS
73 suspek jenayah penipuan warga Korea Selatan ditahan di Kemboja, dihantar pulang secara paksa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka semula kertas siasatan kematian Wan Ahmad Faris - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
20/08/2025
15:43 MYT
Polis buka semula kertas siasatan kematian Wan Ahmad Faris - Saifuddin Nasution
Polis tidak mempunyai halangan untuk berbuat demikian kerana kertas siasatan kes pada 2013 itu adalah lengkap.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, Kelantan pada Disember 2013.
Beliau berkata polis tidak mempunyai halangan untuk berbuat demikian kerana kertas siasatan kes pada 2013 itu adalah lengkap.
"Kes adik Faris (Wan Ahmad Faris) pada 2013 dan keputusan inkues pula 2016. Apa keputusan inkues, dia ditemui tergantung dan ada penglibatan pihak ketiga...sebab itu sekarang keluarga desak untuk melihat semula (kes).
"Saya ingin katakan bahawa, ya...polis akan buka semula kertas siasatan (Wan Ahmad Faris) dah siap, (namun) pada waktu itu (2013) DPP (Timbalan Pendakwa Raya) mengatakan kes berkenaan sebagai no further action (tiada tindakan lanjut).
"Saya sudah bincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah apa yang menghalang kita untuk tengok semula (kertas siasatan), polis kata tiada masalah apa-apa untuk buka balik kertas siasatan itu kerana ia sudah lengkap," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Isnin lepas, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris menyerahkan surat kepada polis Bukit Aman bagi memohon polis membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu.
Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar Tingkatan Empat ditemui mati tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, di Kok Lanas.
Mayatnya dilaporkan ditemui penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas tersebut.
Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Wan Ahmad Faris mengesahkan kes sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah. Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian pelajar itu disebabkan dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.
Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#polis
#Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman
#pelajar tahfiz
#Kok Lanas
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan